Sunday, June 6, 2010

menilai diri sendiri~

salam sejahtera kawan2. ape khabar kamu disane? sihat? lame tak nampak.. pergi mane? busy eh? yela kan.. ok takpelaa.. taknak la ganggu, tapi apa salahnya luangkan masa sedikit membaca entri kali ni.. agak serious bunyi nye.. bile lihat customer yang datang shopping best jek.. tibe2 dapat pulak idea nieh. sambil berdiri di depan kedai bersertakan buku nota dan sebatang pen, untuk mengupas lagi isi kandungan yang ingin disampai kan disini sambil mengetap bibir ..

dalam masyarakat yang moden kini, kebanyakkan nya menilai orang lain pada luaran serta membuat andaian pada penampilan berdasarkan dengan apa yang kita pakai. brand apa yang kita pakai, label beg apa yang kita bawa, jenama kasut yang kita sarung, itu semua lebih penting daripada nilai2 murni, integriti serta kejujuran seseorang. pada hakikatnye, memang benar kita perlu menjaga penampilan dan ianya penting dalam sesuatu majlis tetapi, membuat kesimpulan siapa kita melalui dengan apa yang kita lihat, sama sekali tidak tepat.

aku berpendapat bahawa didikan dari dalam adalah penting biarpun ia perkasa asas,dari dalam akan dibawa keluar ke fizikal. jika disebaliknya didikan dalaman tidak kukuh, jadi diri kita akan mudah rapuh walaupun tercuit sikit jek~ Ouchhh!!

biarpun apa yang kita pakai juga mengikuti trend fesyen terkini seperti memakai legging, skirt pendek namun kita tidak lupa pada yang 1.mengucap 2 kalimah syahadah,solat,puasa,zakat serta pergi haji, insyaAllah..

masyarakat kini selalu memandang serong kepada orang yang tak bertudung tetapi. aku tak kisahla... sbb belum tentu lagi mereka cukup bagus.. aku rasa aku tak perlu jadi orang lain sebab aku tahu kemampuan diri aku sendiri~

sekian...

 *tibe2 jek computer kat kedai aku rosak.. byk tgk facebook la tuh~

No comments: