There was an error in this gadget

Thursday, February 4, 2010

velentine's day/ hari kekasih

seperti biasa, bangun pagi terus jek on laptop. ym dengan kawan2.. so, seorang kawan aku ni membuka satu topik pasal 'velentine's day'. jadi, aku pun excited nak tahu pasal hari kekasih ni. so cerita yang ingin di kongsi hari ini adalah tentang velentine's day / hari kekasih yang disambut pada 14hb februari setiap tahun. jadi apa yang istimewa sangat hari kekasih ini yang kebanyakkan orang nak sambut? adakah semeriah seperti hari raya aidil adha ataupun hari raya haji? (dapat duit raya?) heee~ :)hmmmm.. secara spesifiknya memang tak tahu. jadi, ada yang mengatakan bahawa haram bagi kita umat islam untuk menyambutnya. kenapa? apakah sejarah di sebalik hari kekasih ini? kepada sesiapa yang masih tak pasti.. hmmmm~ jom..
ini pe yang aku dapat di satu website. copy paste jek.. malas nak olah menggunakan ayat sendiri.. ayat agak panjang. kepada sesiapa yang malas nak bace.. tak kire.. kena bace jugak!! tQ..


1. mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

versi 1:Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

versi 2:Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

2.Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

........................................................

jadi ape yang best sangat tentang velentine's day ni? mungkin korg semua boleh tetapkan tarikh sendiri hari istimewa korg dgn pasangan korg. tetapi tidak pada 14hb februari kan? mungkin 30hb september ke, 31hb november ke atau pun 21hb disember? hahahahahahahahah~ ;)

lots of love,
darwina~

1 comment:

eL'ds neddy said...

valentine nih boleh sambut tapi bukan sambut kerana valentine tapi sambut kerana kekasih kite..sume nih bergantung pada kepercayaan kite..
btol x?