Sunday, August 15, 2010

customer~

salam to all.. happy fasting month again.. di pagi yang mulia ini aku bangun lambat, tapi nasib baik sempat buka butik sebelum pukul 10.. hahaha.. betapa pantas nye beta bersiap~ berdirinya aku di depan kedai, dengan pinggang aku yang lenguh bersenjatakan senapang patah di sisi kiri (mak gad katekan) sambil berkumandang lagu kegemaran dari  'alicia keys' dapat la aku buah fikiran tentang entri kali ini mengenai jenis2 customer yang datang masuk ke butik sepanjang penglibatan aku dalam line retail yang hanya baru mencecah masuk selama 5 bulan ni.
1. Betol2 kaya.
-customer camnie mmg best kalau dilayan, dan yang menariknya dorang ni, tak sombong langsung dan tak banyak karenah. kadang2 bayar pakai cash. berape? 10k? takde hal la.. tak pun bayar pakai kreadit card american express black. waaaaaaa... golongan ni kene jaga baik punye.. dan akhirnya akan membuatkan staff tersenyum lebau~



2. Kaya.
- ape beza nye dengan yang atas? hahahhaa.. customer jenis cmnie terbahagi kepada dua kategori pulak. a)kaya-beli. b)kaya-reserved. a) costomer kaya-beli ni majoritinya agak friendly jugak. bile datang dan ada yang berkenan mesti beli punya tanpa ditunggu lagi. lain pula dengan jenis b) customer kaya-reserved. kenape? kita tahu die kaya, bile ade yang berkenan die tak beli, sebaliknye die suke reserved lame2, berbulan2 kalau makanan, dah berkulat dah.. simpann sampai de 70% baru nak dtg beli.

3. Pekak.
-ha.... jangan salah faham ye.. aku tak maksudkan kepada golongan o.k.u. jenis yang cmnie, dari segi penampilan die, kite dapat agakla, dorg ni kaya.. segak, kemas, hidung ala2 tinggi skit, tapi klu hidung kemek tak tggi la kan. yang ini, kalau kite approach dari 1st dorang masuk dalam butik dengan suara yang ceria lagi menawan 'hello.. good evening.. how r u today?'.......(dengar bunyi cengkerik) tak pun dengar bunyi tapak kasut. takde respon. kalau ditanya lagi 'would u like to try?', masih tiada respon. muke maintain sombong, macam aku tak wujud dalam kedai tu. heran! pelik! misteri..... arrghhhhhh!!


4. Mencuba.
-jenis mencuba ni patut diberikan pujian, kerana tidak malu untuk mencuba..  dan jenis cmnie boleh dilayan kan di kala staff tengah bosan yang teramat. die suke cube banyak2 tapi end up tak beli. dem! penatla nak layan, tapi best jugak sbb tengah takde keje kan, so bile costumer cmnie dtg, adola koje skit~


5.Tengok harga.
-haaaa.. kalau golongan cmni datang senang jek. tak banyak keje. yang pasti dorang akan masuk kejap jek. tak sempat nak round 1 shop dah kuar balik. yela.. bile dah pegang 1 baju, selak tengok harga, pastu terus melulu kuar ke pintu.. (takkan tingkap plak) mmg tak tanye banyak.. kadang2 muke pun nak berlagak~


6. Biasa.
- ok kalau customer biasa2 ni okla kalau dilayan. golongan cmnie walaupun die cerewet skit tapi last skali die mesti akan beli jugak. tak kisahla walaupun sehelai tshirt, pasti dorang kalau boleh nak beli jugak satu. mungkin dah memang minat dengan brand tu kan..

jadi, korang jenis yang cmne? jangan sombong2 dengan staff ye! tapi kalau staff tu yang wat muke taik dlu, takpelah.. say thank you  dan senyum pun dah memadai.

*bulan depan nak shopping ape yeeeee.... oh! raya bakal tiba~ yehaaaaaa

2 comments:

Anonymous said...

haha.
rasanya macam aku pung dah termasuk dalam list tuh o.
=)

darwina said...

hahahahaha yeke? takpelaaaa... yg mane satu? sebok nak tahu~ hahaaa