Thursday, September 9, 2010

berlalu....

salam kepada semua. pasti semua tengah kekenyangan kan, baru lepas makan katekan. hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa untuk tahun 2010. yaAllah. rasa kejap jek kan.. pejam celik, pejam celik esok dah nak raya.. bila teringat balik time berpuasa tu, bangun sahur pukul 4.45 pagi, lepas makan, tak boleh la terus tido, kene la solat subuh dulu. lepas subuh baru la boleh tido. kalau keje pagi, pukul 8.15 dah kene bangun balik.

dah sampai tempat keje, tak sampai 15 min buka kedai, mata dah berair. menguap bape ratus kali. kawan sejati sudah datang iaitu mengantok. dalam bulan puase ni mengantok adalah sahabat baik. bile waktu balik, claim hours balik awal, pukul 4,5. kalau keje noon, masuk kje kul 3 atau 4. petang, berjalan ke bazar ramadhan beli nasi kerabu.. hahahaha.. tak pun beli kat belakang starhill. beli nasi dengan lauk.

teringat pulak ayam goreng cili padi akak tu. sodap bai!!! pas makan, balik umah terus berak2.. tapi mmg mengancam!! kalau buka kat kedai ade teman takpela gak. kalau sorang2 mmg rasa sunyi hidup ni. adehhhh..

jadi, hari ini, hari yang paling best skali buka puasa, sebab complete smua ahli keluarga ade. abang aku baru balik malaysia dr dubai petang tadi. dad, mummy,along n wife, sister n hubby, me n..... heheehee takde2.. die buka kat umah die laaaaa.. happy sangat rasaaaa.. tapi this year raya tak complete jugak la sebab diz year along beraya kat teluk intan umah kakak ipar ku, kak sue..

walauapepun, aku tetap happy sangat! syukur dapat family yang happy, giler, sporting dan segalanye! esok dah raya!! selamat hari raya kepada semua, jika terkasar bahasa dalam penulisan ni secara langsung atau tidak. kawan2 semua.. mintak maaf, halal makan minum, terlebih terkurang smua. jumpe lagi ramadhan pada tahun depan! insyaAllah...



*hye syawal~ sok dapat duit raya tak?? hurmmmmm...

No comments: