Wednesday, April 21, 2010

kenalan baru~

salam sejahtera smua.. nampak gayanya sudah lama aku tidak update blog aku yang tak seberapa ini.. semalam pun tergesa2 Jek. hari ini bersamaan dengan hari rabu adalah hari aku cuti.. yeehaaa~ selalunya kalau aku pergi kerja shift pagi iaitu dari pukul 10am-6pm, aku akan bawak kereta, parking di lrt setiawangsa rm3 sehari. selesai mandi, terusla bersiap. pertama sekali aku akan hidupkan enjin kereta. aha! perkara yang paling aku suka lepas hidupkan enjin adalah buka penghawa dingin. sejukkkk~ seterusnya pasang cd lagu. cd yang di beli di kedai cd yang fames di danau kota.. mmg terbaekk!(masih takde kene mengena dgn kenalann baru bukan?). tgk temperature sudah agak suam2 kuku, aku mula memakai tali pinggang keledar, dan tak ketinggalan cermin mata hitam aku, memandu dengan penuh bergaya. (padahal kerete sebelah kanan dah kemek)buat-buat cool..

dalam 5-10 minit sampai la di parking setiawangsa tu.. nak masuk perking ni yang agak menyeramkan sebab kene naik bukit. nak bayar parking tu betul2 berhenti dekat bukit, ala2 mcm nak ambil test kereta la. haaa.. disini laa pertemuan kami. setiap pagi aku masuk parking, dia akan bagi resit parking. aku cuba untuk 'friendly', aku ucapkan 'good morning' dan die pun membalasnya dengan baik. kalau kerja shift petang pulak 1.30-9.30 aku akan bawak kereta terus ke bukit bintang. bila lama aku tak parking di setiawangsa, die akan tanya 'mana pergi? lama tak nampak?' dan tanya la beberapa soalan yang mungkin bermain difikirannya. aku pun jawab jek la segala persoalan die itu..

kakak aku pun kenal die juga. sbb setiap petang kami akan balik sekali, yelaaa.. sudah malas naik bas.. aku jugak yang kene drive dan tunggu kalau die lambat sikit, takpela kakak sendiri kan bukan orang lain pun.. kalau bercerita pasal kenalan baru aku tu kakak aku mesti gelak dan siap gelarkan 'bf' aku lagi. mcm siot! aku fikir bagus jugak berbaik dengan die, mudah-mudahan boleh la die tengok2 kan kereta aku tu dengan penjagaan yang lebih.. wakakakaaa..

orang baik, dibalas baik. orang jahat dibalas jahat kan? walaupun die seorang mungkin keturnan bangla, tapi itu tidak menjadi penghalang untuk berkawan. sama jugak dengan 'cleaner' di tempat kerja aku. tapi kami smua OK!



p/s: berkawan biar seribu.. ermmm.. apa eh pepatah tu? aku lupe la.. hehehehee~

3 comments:

udi said...

orang macam ko la wat negara kita penuh dengan warga asing.lepas tu jadi warganegara sini.pastu nnt sibuk nak berebut hak.kononnye mereka pun rakyat malaysia jugak.huh..aku yang emo

eza2odette said...

berkawan biar seribu..berkasih biar beribu2..ahhaha. alah, aku pon lupa la. eh..selamat berkenalan, saya gieee! hahaha XD

darwina said...

hai gee~ nice to meet u~ heheheheee